Memorandum Untuk Bangsaku!

——————————————————————————-

Keusangan waktu,

menyelit tabir diari semalam

menyelongkar kotak-kotak sejarah.

Tawarikh silam bangsa Melayu,

keagungan yang masyhur dari Asia jejak ke Eropah

dengan lingua francanya

menguasai perdagangan laut biru, juga kehijauan nusantara.

———————–

Di sini tumpahnya darah si Jebat derhaka,

di rodok Taming Sari demi merobek kezaliman

Menjadi mangsa pendustaan

Biarlah…

titik noda itu di kunci mati dalam jejari besi

demi menegakkan kebenaran.

Bangkitlah!

Bangkitlah anak watan,

teruskan perjuangan demi kemajuan.

———————–

Jadikanlah…

“TIDAK MELAYU HILANG DI DUNIA”

sebagai inspirasi matang.

Mengibar kembali kegemilangan

bangsa Melayu sebagai pahlawan.

———————–

Bangkitlah bangsaku!

Penuhi wawasan kita demi kesinambungan

kesejahteraan kekal abadi

buat cucu kita nanti di zaman keunggulan itu.

———————–

Kekalkan hak kita sebagai pewaris nusantara

Biar darah ini tumpah dan mengalir

Biar daging ini dicincang lumat;

Biar tulang-belulang ini dipatah-riukkan.

Tinggalkan budaya

yang bukan warisan kita…

Tinggalkan benua

yang bukan milik kita…

Tinggalkan adat

yang bukan pegangan nenek moyang kita…

Pertahankanlah nusa ini

kerana sekali ianya milik kita,

ia tetap milik kita

abadi…selamanya!

Advertisements

Leave a comment

Filed under mOi shOutOut

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s