Adakah Kediaman Ini Kelihatan Seperti 3.5M Pada Anda?

Dipetik dari The Stars

Cuba anda lihat kediaman yang di sertakan di atas. Adakah ia kelihatan seperti sebuah kediaman yang berharga RM3.5 juta pada mata kasar anda?

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo didakwa membelanjakan RM24 juta untuk membina sebuah kediaman mirip “istana” di SS7, Shah Alam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee  Lin mendedahkan Dr. Mohd. Khir membeli dua lot banglo masing-masing bernilai RM2.9 juta dan RM900,000 untuk membina kediamannya yang mencecah lebih RM20 juta.

Tetapi macam biasalah kan, Dr. Khir Toyo menafikan dakwaan tersebut. Kononnya, tiada apa yang perlu disembunyikan.

“Saya membeli rumah itu dengan harga RM3.5 juta menggunakan pinjaman diperolehi daripada HSBC. Saya tidak membeli tanah dan membina rumah di atasnya.”

Kata Dr. Khir Toyo lagi, beliau hanya menukar atap rumahnya dan melakukan “pengubahsuaian kecil”.

Dakwaan juga dikatakan Dr. Khir Toyo mengimport bahan binaan dari Bali dan tidakkah ini membangkitkan persoalan bagaimana beliau boleh memiliki “istananya” berdasarkan gaji sebagai Menteri Besar Selangor?

Kononnya, jumlah gaji bagi tempoh lapan tahun beliau berkhidmat dianggarkan RM4.6 juta!

My shoutout:: PERSOALANNYA!! Jikalau sekalipun jumlah gaji dia sepanjang 8 tahun berjumlah RM4.6 juta, kediaman tersebut jelas sekali melebihi harga tersebut. Berdasarkan lokasi, keluasan tanah, dsb. anda rasa adakah ia bernilai seperti yang didakwa olehnya? Sekarang rumah banglo seketul dua tingkat pun sahaja sudah mencecah RM2 juta ataupun lebih. Inikan kediaman mirip istana siap dengan taman dan juga rumah dayang-dayang?

Musykil…musykil…BPR tolong siasat yek?! :S

Advertisements

Leave a comment

Filed under bUll3tin n3wS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s